Know Your God

A Quick Introduction To Islam...

The word "Islam" is an Arabic word which means "submission to the will of God". This word comes from the same root as the Arabic word "salam", which means "peace". As such, the religion of Islam teaches that in order to achieve true peace of mind and surety of heart, one must submit to God and live according to His Divinely revealed Law. The most important truth that God revealed to mankind is that there is nothing divine or worthy of being worshipped except for Almighty God, thus all human beings should submit to Him.

A lovely song by Sami Yusuf! What can i say...


Tuesday, 30 September 2008

Selamat Hari Graduasi!

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) rabbul ‘alamin (Tuhan yang mencipta dan memelihara seluruh alam). Selawat kepada junjungan rasul, Muhammad, yang mulia dan kepada keluarga serta sahabat baginda, generasi pertama para pejuang agama ini, yang mewariskan petunjuknya kepada kita umat manusia dan seluruh alam.


Sesungguhnya tarbiyah yang terbaik hanyalah yang datang dari Tuhanmu. Selamat graduasi saya ucapkan kepada seluruh umat islam di Jepun khususnya dan umumnya di seluruh pelusuk dunia. Yang telah menyempurnakan ibadah puasa dan menjalani aktiviti men’recharge’ diri. Mungkin ramai orang yang diberi kesempatan untuk mendaftarkan diri dan hadir ke kem tarbiyah ini. Tetapi, tidak semua orang diberikan peluang olehNya melalui untuk kem ini dengan memperoleh kebaikan di dalamnya. Sesungguhnya anda telah berjaya (Almukminun, : 1) Apapun kebaikan yang kita perolehi dari bulan yang penuh berkah ini, adalah dengan izinNya dan janganlah sekali-kali kita merasa bangga dengan tindakan, amalan, dan ibadah kita yang sedikit itu. Sesungguhnya ini hanyalah merupakan satu dari persinggahan (seperti kem musim panas) dalam pendidikan kita yang panjang. Banyak lagi yang perlu kita harungi dalam membebani tugas yang mulia ini.


Sesungguhnya ibadah (solat, puasa, menghayati al-Quran, bersedekah dan sebagainya) itu adalah merupakan bekal. Bekal buat ujian yang saban hari menjenguk kita. Bekal buat perjuangan yang berpanjangan. Tiadalah ibadah itu melainkan untuk mengisi api perjuangan yang makin kehabisan minyaknya. Untuk menjahit layar-layar kapal yang koyak di tengah-tengah pelayarannya. Semoga api dakwah dapat terus kita nyalakan. Semoga pelayaran dapat kita teruskan di lautan dunia yang bergelora ini.


Amal ibadah perlulah diselarikan dengan perjuangan. Kita tidak mengisi minyak melainkan untuk menyalakan api, tidak pula menjahit layar melainkan untuk meneruskan perjalanan. Kita bukannya semata-mata ‘abid, tetapi juga singa-singa Allah yang sentiasa menjaga agamaNya.


“Janganlah pula amal ibadah yang agong ini kau rosakkan!!” jangan kau rosakkan dengan maksiat di bulan Syawal. Ramadhan adalah stesen untuk mengambil bekal, buat perjalanan setahun. Sampai kau tiba pula ke stesen Ramadhan yang seterusnya, ketika itu kau sangat merasa dahaga dan tibalah masanya untuk mengambil bekal semula.


Selamat meraikan hari graduasi kita dari kem tarbiyah ramadhan kali ini. Akhir kata saya akhiri dengan sebuah hadith diriwayatkan oleh Sufyan bin Abdullah (radhiAllahu ‘anhu)



Aku berkata kepada Rasulullah “Katakan kepadaku sesuatu tentang Islam, yang aku tak akan bertanya tentangnya lagi selepas itu.” Rasulullah menjawab “Katakan aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”


Hadith riwayat Imam Muslim


Sumber asal dari AMIR-net

No comments: