Know Your God

A Quick Introduction To Islam...

The word "Islam" is an Arabic word which means "submission to the will of God". This word comes from the same root as the Arabic word "salam", which means "peace". As such, the religion of Islam teaches that in order to achieve true peace of mind and surety of heart, one must submit to God and live according to His Divinely revealed Law. The most important truth that God revealed to mankind is that there is nothing divine or worthy of being worshipped except for Almighty God, thus all human beings should submit to Him.

A lovely song by Sami Yusuf! What can i say...


Tuesday, 5 February 2008

Gerakan Kristianisasi

sumber:
http://www.darulkautsar.com/

.....................................................................................................................................................................

TA'RIF

Gerakan Kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘Politik Penjajahan’. Gerakan ini muncul selepas kekalahan pihak Kristian dalam Perang Salib sebagai usaha menyebarkan agama Kristian ke negara-negara dunia ketiga, terutamanya kepada ummat Islam. Objektifnya ialah untuk menguasai bangsa-bangsa tersebut.


SEJARAH PENUBUHAN DAN TOKOH-TOKOHNYA


Raymond Lull adalah orang Kristian pertama yang memperkenalkan konsep kristianisasi, selepas kegagalan pihak Kristian dalam Peperangan Salib. Dia bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab, menjelajah negara-negara Syam sambil berdialog dengan ulama-ulama di sana.


Para mubaligh Kristian bermazhab Katholik telah memasuki benua Afrika sejak abad ke 15M ketika Portugal menjumpai negara-negara baru tersebut. Setelah itu mubaligh-mubaligh Kristian bermazhab Protestan pula dihantar oleh orang-orang Inggeris, Jerman dan Perancis.


Peter Heling sejak awal lagi sudah masuk ke dalam masyarakat lslam di pantai Negara-negara Afrika.


Sedangkan Baron du Betez, sejak tahun 1664, membangkitkan semangat orang-orang Kristian sehingga ia berjaya mendirikan sebuah akademi yang menjadi pusat latihan mubaligh Kristian.


Mr. Cary adalah tokoh yang unggul dalam gerakan Kristianisasi mengatasi mereka yang sebelumnya. la muncul menjelang akhir abad 18M dan awal abad 19M.


Paderi Henry Martin (meninggal tahun 1812) sangat besar peranannya dalam menyebarkan mubaligh-mubaligh Kristian ke negara-negara Asia Barat. Dia telah menterjemahkan Bibel ke dalam bahasa India, Parsi dan Armenia.


Dalam Tahun 1795 M Dewan Gereja Protestan bersatu dengan orang-orang Kopti di Mesir untuk menubuhkan sebuah Misi Kristian yang bertugas menyebarkan ajaran Injil di Afrika.


David Livingstone (1813 -1873), seorang pelancong lnggeris, telah menjelajah ke tengah-tengah benua Afrika. Sebelum menjelajah benua itu, dia dikenal sebagai seorang paderi.


Pada tahun 1849 M missi-missi Kristian mula dihantar ke negara-negara Syam. Perancangan yang intensif dilakukan untuk menguasai beberapa wilayah di kawasan negara-negara tersebut.


Tahun 1855 M Pertubuhan Pemuda Masehi ditubuhkan. Anggotanya terdiri dari pemuda-pemuda berbangsa lnggeris dan Amerika. Tugasnya terbatas pada usaha menanamkan keyakinan Ketuhanan Almasih pada diri mereka sendiri.

Tahun 1895 M Persatuan Mahasiswa Kristian Antarabangsa ditubuhkan. Persatuan ini berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar-pelajar sekolah di berbagai negara. Seiring dengan itu dilancarkan pula kempen 'cinta kasih' (ajaran Kristian) kepada mereka.

Samuel Zwemer, Ketua Misi Kristian untuk negara-negara Arab di Bahrain dan Ketua Persekutuan Kristian di Timur Tengah, bertanggungjawab menerbitkan majalah berbahasa lnggeris berjudul ‘Muslim World’. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 1911 dan masih lagi diterbitkan sehingga hari ini oleh
Hartford.


Zwemer memasuki
Bahrain dalam tahun 1890 M. Sejak tahun 1894 gereja-gereja reformasi Amerika menaja dan membiayainya sepenuhnya kegiatannya. Kejayaan dari aktiviti sosial dan kemanusiaan Zwemer yang paling menonjol antara lain ialah penubuhan misi-misi kedoktoran dan perubatan di negara-negara Teluk. Diikuti dengan pembukaan Pusat-pusat Kebajikan Masyarakat di Bahrain, Kuwait, Musqat dan Amman. Zwemer boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh gerakan kristianisasi terbesar di abad moden ini.


Kenneth Cragg, pengganti Zwemer untuk mengetuai majalah Muslim World, pernah menjadi pensyarah Universiti Amerika di Kairo dan menjadi Dekan Jurusan Theologi Masehi di Lembaga Misi Kristian Hartford. Bukunya yang terkenal, Panggilan Menara Azan, diterbitkan pada tahun 1956.


Louis Massignon, penasihat gerakan kristianisasi di Mesir. Ia adalah salah seorang anggota Lembaga Bahasa Arab di Mesir dan pernah menjadi penasihat Departmen Kolonialisme Perancis untuk Urusan Afrika Selatan.

Daniel Bills berkata, "Institut Pengajian Tinggi Robert di lstanbul (sekarang Universiti Amerika) tidak lagi menjadi pusat pengajian tinggi yang ekslusif, baik di segi sukatan pelajaran ataupun fasiliti yang disediakannya. Sekarang telah menjadi institut pengajian tinggi Kristian yang benar-benar terbuka. Pengasasnya adalah seorang mubaligh Kristian. Malah sampai sekarang pimpinannya mestilah seorang pendakwah Kristian."


Paderi Syantor pada masa penjajahan Perancis menjadi Ketua Akademi Yesuit di Beirut dalam tempoh yang agak lama. Mr. Nibrouse, Rektor Universiti Beirut Amerika tahun 1948 M berkata: "Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan adalah alat paling berkesan kepada para mubaligh Amerika untuk mengkristiankan
Syria dan Lebanon."

Don Huk Crey, tokoh terbesar dalam Persidangan Kristian Louzon tahun 1974 M, adalah seorang penganut Kristian bermazhab Protestan. Dia pernah menjadi mubaligh Kristian di Pakistan selama 20 tahun. Pernah menjadi mahasiswa Fuller School of International Mission. Selepas Persidangan Kristian di
Colorado pada tahun. 1978 M, dia menjadi pengarah kepada Lembaga Samuel Zwemer. Lembaga ini aktif dalam bidang penerbitan untuk menyebarkan kajian-kajian khusus tentang cara-cara kristianisasi terhadap Ummat Islam. Ibupejabatnya terletak di California. Berbagai latihan dan rekrut dijalankan untuk melahirkan para pendakwah Kristian dalam segala bidang kepakaran.

1 comment:

Si Kandil Hijau said...

salam. artikel ini menarik.Mohon izin untuk disalin utk sebaran yea..syukran atas info ;)