Know Your God

A Quick Introduction To Islam...

The word "Islam" is an Arabic word which means "submission to the will of God". This word comes from the same root as the Arabic word "salam", which means "peace". As such, the religion of Islam teaches that in order to achieve true peace of mind and surety of heart, one must submit to God and live according to His Divinely revealed Law. The most important truth that God revealed to mankind is that there is nothing divine or worthy of being worshipped except for Almighty God, thus all human beings should submit to Him.

A lovely song by Sami Yusuf! What can i say...


Tuesday 30 October 2007

Islam & Christianity

Comparing Codes of Beliefs between
Islam & Christianity


Islam: Allah (God Almighty) is the only Creator of all that exits.

Christianity: God Almighty is the only Creator of all that exits. (Gen. 1:1)


Islam:There is one God (Allah). Jesus is the Christ, miracle birth- and Muhammad (p) is his last prophet, both of them said, "God is One and you have to serve Him with all your heart, mind and strength.

Christianity: There is one God. He exists eternally in three persons, Father, Son, and Holy Spirit. (There is no "Trinity" in the Bible)


Islam: Allah reveals His 99 Divine Attributes and does not compare Himself to any of His creation.

Christianity: God has revealed Himself as "One God" and "One Lord" (Deuteronomy 6:3; Mark 12:29)


Islam: Allah created man from dirt and "in His image" and of "His spirit," yet God has no likeness of anything in creation.

Christianity: God created man from dirt and the image of God (Genesis 1)


Islam: Adam & Eve sinned, then repented and were forgiven, with no continuing effects on their children.

Christianity: Adam and Eve sinned and thus brought sin into the world and their sins passed
on to their children. (Genesis 3:1-7)


Islam: God Forgives Adam and Eve after they repent. Then He makes Adam his deputy (caliph) and the first prophet.

Christianity: Original Sin - all of Adam's posterity are born with a sin nature and are sinful from birth (Romans 3:22-23, 1st John 1:10)


Islam: Man is basically good but prone to mistakes. Muslims who repent and submit to God are forgiven without intercession from Christ (or anyone) needed.

Christianity: Man is by nature sinful and has need for redemption by the atonement of Jesus Christ (Romans 5:6, 8:32, Colossians 1:19-20, Hebrews 7:26-27, 9:26, 10:12, 1st John 4:10)


Islam: Through submission to the Will of God in peace, anyone, anytime, any place becomes a servant of Allah and draw closer to Him.

Christianity: Through the work of Christ, God adopts Christians into His family and calls them His children (Romans 8:14-15, Ephesians 1:5, Galatians 4:5)


Islam: Allah is not like His creation. He is neither male nor female, nor is creation like Him.

Christianity:Bible says; "God is not a man... not the son of man.." (Numbers 19:23) Other places contradicts this(?)



sources:

http://www.islamcode.com/christianityvsislam.html

http://www.islamtomorrow.com/

Wednesday 24 October 2007

Apa Cita-Cita Awak?

i know.. its a long one, but itll be worth your while reading it.. if you understand malay though.


Apakah cita-cita awak...?'

Written by Hassan Al Banna


Guru kami, Syeikh Ahmad Yusuf Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia menghibur kami dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan kami,dia pun berkata, 'Ambillah karangan-karangan awak ini wahai para ulamak dan sebarkan. Duhai kaum ku, hendaklah kamu mempunyai maksud atau tujuan.Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (yakni sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi). Demi Allah, saya tidak menilai karangan awak berdasarkan panjang atau pendeknya. Kami pun ketawa mendengar kata-katanya itu.

Kemudian, kami pun membahagi-bahagikan
 karangan-karangan di kalangan para penuntut. 1927 ialah tahun akhir pengajian saya di Darul Ulum. Salah satu tajuk karangan yang Syeikh Najati beri kepada kami ialah 'Apakah cita-cita awak selepas tamat pengajian nanti? Dan cara cara yang awak hendak gunakan untuk mencapai cita-cita awak itu.'

Berikut ialah jawapan yang saya beri:

'Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari
 kebahagiaan dan panduan dengan berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya. Dia berjihad bagi menghadapi kesukaran dan kesusahan dengan tabah dalam menegakkan kebenaran dan hidayat. Dia cuba menyelamatkan hati manusia dengan merasai penyakitnya. Dia mengkaji ciri-ciri yangmengakibatkan kemerosotan akhlak dan masyarakat. Dia berusaha untuk menegakkan peraturan masyarakat Islam
yang lebih baik. Dia bersifat kasih sayang kepada
 manusia. Dia berusaha sebanyak mungkin untuk meringankan penderitaan manusia dan mencipta suasana yang boleh membantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia. Dia juga berusaha memimpin mereka yang telah sesat ke jalan yang benar.

'Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat dan mulia. Pendapat-pendapat saya ini telah mendorong saya memilih kerjaya di bidang pendidikan kerana para pendidik adalah sumber cahaya (keilmuan) bagi rakyat. Mereka menghapuskan kejahilan dan menyebarkan cahaya ilmu di seluruh dunia. Para pendidik ini seumpama lilin yang sedang menyala sambil memberi cahaya kepada orang lain. Saya yakin cita-cita tertinggi yang dapat dicapai manusia ialah mencari keredhaan Allah dengan cara yang diterima dan dirahmati Nya. Seorang manusia yang ingin mencapai cita-cita tertinggi ini akan mendapati dirinya berada di persimpangan jalan. Setiap jalan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dia bolehlah memilih salah satu dari keduanya.

'Jalan yang pertama ialah falsafah sufi yang sebenar. Dasar jalan ini ialah keikhlasan amalan dan menjauhkan diri dari kesibukan sebarang makhluk yang baik dan tidak baik. Jalan ini lebih dekat dan selamat dari jalan-jalan yang lain.

Jalan yang satu lagi ialah pendidikan (tarbiyah) dan dakwah. Jalan ini sama seperti jalan pertama tadi di segi keikhlasan dan amalan. Perbezaan jalan
 ini dari jalan pertama tadi ialah:

dari segi hubungannya dengan manusia;
dari segi kajian terhadap manusia dan institusi-institusi manusia;
dari segi penglibatannya di dalam kegiatan-kegiatan masyarakat;
dan dari segi menyediakan penawar untuk penyakit-penyakit masyarakat.

'Inilah jalan yang lebih mulia di sisi Allah. Al-Quran menggelarnya jalan yang terpuji. Rasulullah s.a.w. sendiri menyebut kepentingan dan kelebihan jalan ini, Selepas merantau di dalam alam sufi, saya kini memilih jalan yang kedua kerana ia lebih mulia
dan lebih penting. Saya juga yakin bahawa seseorang yang telah mencapai ketinggian ilmu dan berpandangan jauh sudah tentu memilih jalan yang kedua.

'Saya dapati kaum ku sudah tidak mempedulikan agamanya lantaran pergolakan politik yang sedang dilaluinya dan juga kerana keadaan masyarakatnya yang terpengaruh dengan Barat. Mereka telah lupa kepada pencapaian-pencapai an gemilang nenek moyangnya. Berbagai aliran fahaman bukan Islam telah bercampur baur dengan agama Islam yang tulen itu sehingga menghasilkan fahaman-fahaman yang penuh kekeliruan Islam, di dalam bentuknya yang jelas, tulen dan mudah itu telah hilang dari pandangan. Di samping itu, terdapat pula tabir khurafat yang menyekat pertumbuhan flkiran kita. Ringkasnya, umat Islam sedang meraba-raba di dalam kegelapan jahiliyah. Golongan terpelajar dan para belia pula tenggelam di dalam jurang keraguan. Sikap ini merosakkan mereka. Iman mereka menjadi lemah dan mereka pun cenderung ke arah fahaman atheisma (mulhid).

'Saya yakin manusia, di segi fitrahnya, adalah saling berkasih sayang. Dia akan mencari sesuatu yang menjadi sasaran kasih sayangnya. Tumpuan kasih sayang saya ialah seorang sahabat. Dia bersemadi di dalam diri saya seumpama roh saya sendiri. Saya menumpukan kasih sayang saya kepadanya (yakni Ahmad Afandi Sakri). Dia begitu berkesan dalam persahabatan saya.

'Keyakinan saya di dalam perkara ini semua adalah mendalam dan jelas. Hanya yang perlu ialah untuk melihat ia menjadi kenyataan. Cita-cita saya terbahagi kepada dua bahagian:

Cita-cita khas: Kebahagiaan keluarga dan saudara mara serta kesetiaan kepada para sahabat tercinta sentiasa mendapat keutamaan di dalam hati saya.

Cita-cita umum: Saya ingin menjadi guru dan pemimpin. Saya ingin mendidik kanak-kanak pada siang hari dan mendakwah ibu bapa mereka pada waktu malam melalui perbincangan dan syarahan di sekitar agama. Ini boleh juga dilakukan dengan mengarang buku-buku dan melawat berbagai tempat.

'Untuk mencapai cita-cita yang pertama (yakni cita-cita khas), saya telah meneliti sesuatu itu dengan baik. Untuk melaksanakan cita-cita yang kedua, saya telah menyediakan dua senjata akhlak iaitu ketegasan dan pengorbanan. Kedua senjata ini perlu bagi seorang tokoh pembaharuan. Bahkan rahsia kejayaan berada pada kedua senjata ini. Tokoh pembaharuan yang ada dua senjata ini tidak akan menghadapi kegagalan yang mungkin menjejaskan maruah atau mendatangkan malu kepadanya. Di samping itu, ia juga memerlukan kepada cara praktik (amali) iaitu meneruskan pengajian. Saya juga telah menghubungi peribadi-peribadi yang sependapat dengan saya dan menyokong orang-orang yang berpendapat demikian. Badan saya lemah, namun begitu saya sudah biasa dengan kerja keras yang berterusan. Saya telah menyerahkan kehidupan saya kepada Allah. Saya berdo'a kepada Allah agar Dia menerima usaha saya ini dan memberi saya kekuatan untuk melaksanakan tugas saya. Semoga jasmani dan rohani saya mendapat bantuan Allah agar saya menjalankan tugas saya ini. Semoga Allah memberi saya keberkatan dan rahmat seperti yang terdapat di dalani firman-Nya: (Muhammad: 7) Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. "

'Ini adalah satu perjanjian di antara saya dan Allah dan guru saya menjadi saksi kepada perjanjian ini. Saya membuat keputusan ini seorang diri. Tiada sesiapa yang mempengaruhi saya kecuah perasaan saya sendiri. Keputusan ini adalah hasil dari kesungguhan saya kepada Allah Yang mengetahui rahsia hati manusia..' Guru saya, Hasan Yusuf Najati memeriksa karangan saya itu dan memberi markah yang sangat baik iaitu tujuh setengah daripada sepuluh. Dalam karangan tersebut, saya menyebut sahabat saya, Ahmad Afandi Sakri yang sama-sama berkongsi perasaan dengan saya. Dia telah berhenti berniaga dan menutup kedainya kerana hendak sama-sama bergiat
dengan saya. Dia masuk berkhidmat dengan Lembaga Pelajaran Buhairah agar saya dapat bersamanya apabila saya tamat pengajian nanti.

Friday 19 October 2007

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin


Peringatan, tazkirah utk diri saya dan kita semua sempena bulan syawal.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kpd keluarga dan rakan-rakan!


Daripada Anas r.a berkata: Selepas Nabi s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman jahiliah. Lalu baginda bersabda, “Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman jahiliah, dan sesungguhnya Allah telah menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: hari raya korban dan eidul fitri”. (Hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa’ie)


Hari Raya adalah ibadat. Bagaimanapun dalam keseronokan meraikannya ramai yang terlupa batasan yang ditetapkan oleh syarak.


Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual Pegawai Agama Kem Kementah, Mejar Shukri Yahya bagi mengupas isu ini.


MEGA: Apakah maksud Eidul fitri?


SHUKRI: Eid itu bermaksud Hari Raya Fitrah sesuai dengan kewajipan umat Islam membayar zakat fitrah. Ia juga disebut sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa Ramadan melawan hawa nafsu. Kita menang sebab berjaya menunaikan perintah Allah.


Ia juga adalah hari kita kembali kepada fitrah di mana dosa diampunkan oleh Allah. Sebagai manusia kita kembali kepada fitrah iaitu suka kepada kebaikan dan kebajikan serta benci kepada kejahatan dan maksiat.


Pendek kata, ia adalah ibadat. Maka, sebagai umat Islam hendaklah kita menggunakan hari raya ini sebagai hari untuk membesarkan Allah. Ini dijelaskan dalam al-Quran: Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur. (al-Baqarah: 185)


Kalau begitu, bagaimanakah seharusnya kita menyambut Hari Raya ini?


SHUKRI: Hari Raya Aidilfitri ini bermula pada waktu maghrib malam 1 Syawal. Antara ibadat sunat yang dianjurkan oleh Islam ialah bertakbir dan bertahmid memuji kebesaran Allah.


Selain itu, kita perlu menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah al-Quran dan beristighfar.


Sebenarnya, menghidupkan malam raya dengan amal ibadat ini diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Malangnya, mungkin disebabkan kekurangan ilmu, maka ada di kalangan umat Islam yang tidak menghidupkan malam raya ini dengan mengerjakan ibadat seperti yang disebutkan.


Rasulullah s.a.w bersabda, “Siapa yang bangun malam raya fitrah dan malam raya adha dengan mengharapkan pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekelian hati”. (riwayat Ibn Majah).


Pada pagi raya, kita hendaklah solat subuh berjemaah dan menyambung takbir raya.


Kemudian mandi sunat Hari Raya, memakai baju yang elok atau cantik dan memakai wangi-wangian. Disunatkan makan sedikit dahulu di rumah sebelum menunaikan solat aidilfitri.


Anas r.a. berkata, Adalah baginda s.a.w tidak beredar pada Hari Raya Fitrah hinggalah baginda makan beberapa biji tamar. (riwayat Bukhari)


Semasa dalam perjalanan, kita disunatkan bertakbir dan bersedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang yang dalam kesusahan. Bagi mereka yang belum membayar fitrah, inilah masa paling afdal berbuat demikian.


Selepas solat hari raya, hendaklah kita ziarah-menziarahi kaum keluarga dan jiran tetangga.


Tetapi ramai yang tidak bertakbir dan bertahmid pada malam raya kerana sibuk menukar langsir atau kerusi baru. Bagaimana membetulkan keadaan tersebut?


SHUKRI: Untuk membetulkan keadaan ini, kita hendaklah membuat persiapan awal. Maknanya, selesaikan kerja-kerja menghias rumah termasuklah menggantung langsir baru atau menyusun perabot baru lebih awal. Jangan tunggu sehingga malam raya.


Sebabnya, kita mahu menghidupkan malam raya dengan ibadat kepada Allah. Ini bukan pula bermaksud kita perlu bertakbir sepanjang malam. Memadai jika kita berhimpun bersama keluarga dan bertakbir bermula daripada solat Maghrib hingga Isyak.


Selain itu, kita boleh juga menghidupkan amalan bertakbir rumah ke rumah di kawasan kediaman kita. Selain mendapat pahala kita juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran.


Hari Raya adalah hari mulia. Namun apakah batas-batas yang perlu dijaga semasa meraikannya untuk mengelak kemuliaannya dicemari?


SHUKRI: Hari Raya adalah hari kebesaran Islam untuk kita bergembira dalam suasana ibadat. Bagaimanapun, jangan kita jadikan Hari Raya sebagai tiket menghalalkan apa sahaja. Kita kena jaga batasan yang ditetapkan oleh Islam.


Kita perlu menjaga adab bertamu ke rumah orang, masuk dengan ucapan salam dan menundukkan pandangan. Jangan terlampau ghairah melihat ke sana-sini.


Batas pergaulan dan aurat wajib dijaga. Jika yang datang itu lelaki bukan mahram, maka jangan pula si gadis bersalam dengannya atau pun membuka aurat.


Memadai hanya mengucap tahniah dan bermaaf-maafan tanpa bersalam. Rasulullah pun tidak pernah bersalam dengan wanita yang bukan mahram semasa baiah (membuat perjanjian).


Jangan pula timbul rasa bangga diri atau sombong kerana kita mempunyai kereta baru atau perabot yang baru.


Paling utama, hendaklah kita menjaga had atau batas dalam menikmati juadah hari raya. Jangan makan terlalu banyak. Ingatlah firman Allah, ...makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-A’raf: 31)


Seperkara lagi, jangan pula kita dilalaikan dengan menyambut tetamu sehingga tidak menunaikan solat. Kalau kita beraya dan meninggalkan solat fardu maka kita melakukan maksiat dan ia tidak lagi menjadi ibadat.


Ada yang lebih suka menonton televisyen di rumah berbanding menziarahi keluarga. Apakah pandangan Islam dalam hal ini?


SHUKRI: Dalam Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah sehari. Jadi amat rugi jika kita menghabiskannya dengan hanya menonton tv. Rancangan tv itu hari lain pun boleh kita tengok.


Lagipun bukan semua program tv pada hari raya sesuai ditonton pada hari yang mulai ini. Ini bukan pula bermakna kita tidak boleh berhibur pada hari raya.


Islam benarkan kita berhibur tetapi jangan sampai ia melalaikan. Umat Islam perlu memilih rancangan hiburan yang sesuai contohnya yang menyiarkan lagu-lagu raya tetapi filem atau rancangan yang lari daripada konsep hari raya tidak perlu ditonton.


Sepatutnya kita mengambil peluang hari raya untuk berziarah dan bermaaf-maafan. Bukan pula maknanya, hari raya sahaja masa untuk memohon maaf.


Cuma apabila pada hari lebaran ini kita dapat berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara maka ia seolah-olah menjadi masa paling sesuai bermaafan.


Bermaafan ini adalah sifat orang yang bertakwa. Malah Rasulullah juga adalah sangat pemaaf walaupun kepada kaum kafir Quraisy yang sentiasa menyakiti baginda.


Bagi anggota keselamatan seperti tentera, sudah tentu ada yang terpaksa bertugas di perbatasan pada Hari Raya. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kesedihan ini?


SHUKRI: Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ada giliran bertugas. Mereka yang bertugas tahun ini barangkali bercuti pada hari raya lalu.


Dalam Hari Raya pun menjaga keselamatan negara adalah penting dan mesti diteruskan. Sebenarnya anggota tentera yang bertugas di perbatasan ini memikul amanah dalam suasana orang lain bergembira pada Hari Raya.


Bertugas mempertahan negara jika ikhlas akan mendapat ganjaran yang besar.


Bagi mengelak kesedihan, adakan aktiviti menyiapkan juadah Hari Raya secara sederhana di tempat bertugas. Elakkan bersendirian sehingga terlalu memikirkan isteri dan anak-anak.


Pegawai Pemerintah juga berperanan menyuntik semangat anak-anak buah agar turut bergembira walaupun berada di hutan, laut atau pun misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.